Monday, 28 November 2016

Kami Pergi Melancong - Singapura (Part 1)

Assalammualaikum, sayang-sayang semua.

Hari ni aku nak cerita pasal percutian aku satu keluarga ke Singapura pula. Aku persi Singapura ni pada tahun yang sama aku pergi ke Sabah dalam beberapa bulan selepas aku balik dari Sabah tu. Sebenarnya, percutian ke Singapura ni dianjurkan oleh pejabat ayah aku, jadi, ayah aku pun bawa la kami sekeluarga ke sana. Aku dan keluarga tak tidur pun dekat Singapura sebab kitaorang bertolak malam dan esok pagi sampai ke Singapura dan malam tu pula terus balik. Lagipun, kawasan Singapura tu kecil je, sehari dah boleh habis pusing satu Singapura.

Kami bertolak dari Sungai Besar, Selangor (masa ni bapa aku kerja kat sana) malam jumaat dalam pukul 9 malam macam tu dengan menaiki bas bersama dengan keluarga kawan pejabat ayah aku juga.

Muka seronok je nak pergi Singapura...yihuuu!..

Aku tak ingat perjalanan berapa jam, mungkin dalam 5-7 jam macam tu kut sebab aku mentido je sepanjang perjalanan tu dan bas pun selalu berhenti, almaklumlah, bawa budak-budak sekali kan.
Kami sampai kawasan rehat terakhir sebelum nak masuk Singapura tu dalam jam 6 pagi macam tu, jadi, kami pun menyegarkan diri, solat Subuh semua dan sarapan dulu kat situ.

Nampak tak betapa paginya kami sampai tu...dah terbukti di situ.

Lepas dah selesai semua hajat kat kawasan rehat tu, kami bergerak la ke tempat imigresen. Apa yang aku perasankan, orang Singapura ni kan, semuanya jalan laju-laju, mungkin sebab diaorang nak kejar bas kut takut kena tinggal sebab bila diaorang dari semenanjung nak masuk Singapura guna bas awam kan, diorang masih kena lalu imigresen, sebab tu kut diaorang nak cepat. Masa kat imigresen tu semuanya baik sahaja walaupun ada masalah sikit sebab ada anak seorang kawan ayah aku tu, dia bawa kotak rokok lebih dari satu macam tu la. Jadi, imigresen tak benarkan, tak silap aku, kalau nak masuk Singapura, hanya dibenarkan bawa sekotak sahaja, kalau tak silap aku la. Tapi, lepas dah bincang dengan orang imigresen tu, semuanya okay sahaja, cuma rokok tu je la kena ambil. Kami pun teruskan perjalanan masuk ke Singapura.

Pemandangan yang sempat aku ambil dari dalam bas selepas sahaja keluar dari imigresen.

Destinasi pertama yang aku pergi adalah.....bersambung ya, aku ada hal ni..haha...bye2



Monday, 21 November 2016

Kami Pegi Melancong - Sabah (Part Akhir)

Assalammualaikum ! ada masa pula aku nak buat entri ni kan..haha..Sebenarnya tak la rajin pun, cuma tadi aku semangat nak buat kerja, sekali folder kerja tu tak boleh buka, acaner tu, nampak gayanya kena minta kat kawan aku esok je la. Jadi, bila ada masa terluang ni, tak boleh la dibuang macam tu je kan, jadi akan ku isi dengan tulis blog ni kan.

Okay lepas je aku selesai mendaki dan berjalan di atas jambatan tu (Kami Pegi Melancong - Sabah (Part 2)), kitaorang pun dibawa untuk makan tengah hari di kundasang. Pada pendapat aku, kat kundasang ni tak ada apa-apa sangat la, sama je macam Cameron Highlands, tempatnya sejuk dan tapi, yang istimewanya, Kundasang ni kan kaki gunung Kinabalu, jadi, tak dapat panjat gunung dia, dapat jejak kat kakinya pun okay la.

Muka gembira je semua, yela pasal semua dah kekenyangan kan, masa ni dah kat Kundasang ni, tapi singgah makan kat satu restoran tu, tapi tak ingat pula apa namanya.


Masa ni dah kat kaki gunung Kinabalu, jadi, bergambar la kenangan satu keluarga kan. yay! kami dah tawan kaki gunung Kinabalu walaupun kaki je, janji dah kan.

Apa aktiviti yang aku dan keluarga buat kat sini?...hm.. apa ya, tak ada apa-apa pun, cuma masuk muzium yang ada kat kawasan, jangan tanya muzium apa, aku pun tak ingat lah, dah lama kut aku pergi Sabah ni, gambar pun ada merata-rata tempat, jadi, apa yang aku ingat tu, aku kongsila. Lepastu, aktiviti yang lain aku buat kat situ adalah bergambar, itu aje, lepas dah bergambar semua tu, kitaorang pun balik, sebab hari tu pun dah nak malam kan, bahaya pula kalau malam-malam ni lalu jalan yang berliku macam jalan kat Cameron Highland tu.

Sampai je hotel, kami sekeluarga pun bersiap untuk makan malam bersama kawan ayah aku yang tinggal kat sana, sebenarnya, dari keluarga aku sampai ke lapangan terbang Sabah, hotel hingga ke pakej jalan-jalan tu, semuanya kawan ayah aku tu yang tolong bantu uruskan, nama dia uncle John. Jadi, sebab esoknya kami sekeluarga nak balik dah, jadi, dia pun ajak kitaorang makan malam dengan keluarga dia kat satu restoran cina muslim yang terletak sebelah sungai ke laut, aku pun tak pasti. Tapi, ini pertama kali la aku cuba makan makanan cina muslim yang berasaskan makanan laut. Sedap tau, ahkak bagi 5 bintang tau...haha

ha..tu uncle John dan keluarga, untuk pengetahuan korang, uncle John ni berketurunan India dan isterinya Cina. Pertama kali juga aku tengok perkahwinan campur ni, agak teruja la.

Dengan berakhirnya makan malam tu, maka berakhirlah percutian aku selama 3 hari 2 malam ni, sebab esoknya balik dah, jadi, bersiap kemas untuk balik pula. Sebenarnya, hari pertama tu, aku pergi banyak tempat, tapi tempat membeli-belah la, cuma aku tak ingat mana tempat yang aku pergi tu sebab hotel kitaorang tu tengah-tengah bandar, jadi, banyak la pusat membeli-belah, pasar-pasar, kedai-kedai cenderamata dan sebagainya. Maaflah, sebab masa aku bercuti ni, aku tak cakna sangat dengan tempat-tempat ni, manalah aku tahu tiba-tiba aku nak buat blog ni, kalau aku tahu, aku buat buku nota untuk catat nama-nama tempat dan perjalanan aku ni, lepastu kongsi dengan korang semua...haha...Baiklah, panjang pula celoteh aku ni kan. Tengoklah kalau aku rajin, aku kongsilah percutian aku ke tempat lain pula kan. Sekian, terima kasih membaca sayang-sayang sekalian...muaah sikit...



Keyakinan Dalam Berdoa

Assalammualaikum semua !

Apa khabar? aku harap korang semua sihat walafiat dan sentiasa berada dalam keadaan baik serta diredhai oleh Allah. Korang rindu aku tak?!, kalau rindu kata rindu, jangan nak ego sangat tu, malu nak cakap la pula, kalau malu nanti sesat jalan..haha...maaf la korang, aku dah lama tak pos apa-apa cerita, almaklumlah nak hujung sem ni, banyak pula exam kan.

Baiklah, yang percutian ke Sabah tu, aku sambung nantila, tak ada mood nak tulis pasal cuti ni, lagipun dah nak part akhir dah cuti tu. Hari ni aku nak cerita pasal keyakinan berdoa, korang kalau doa kan, macam mana?, korang yakin tak yang Allah akan makbulkan doa korang. Haaaa, tepuk dada tanya iman, tak yah bagitahu aku, masing-masing sedar tu sudahla, itupun dah cukup bagus, maksudnya Allah dah beri hidayah kepada hamba-Nya la.

Bila kita nak berdoa atau meminta sesuatu daripada Allah tu, kenalah minta dengan sesungguh-sungguhnya sehinggalah Allah makbulkan doa tu dan lepas tu, masa berdoa, yakin dengan sepenuh hati tu, Allah akan dengar permintaan korang dan makbulkan doa korang. Aku pernah dengar ustaz aku cakap, Allah akan beri apa yang hamba-Nya yakin terhadap-Nya sebab kalau Allah dah kata jadilah maka terjadilah (Kun Faya Kun). Jadi, sebagai manusia yang pergantungan hidup pun kepada Allah, kenalah yakin, sebab Dialah Allah yang menciptakan kita, yang memberi nyawa, menurunkan rezeki dan pokoknya, seluruh alam dan kehidupan ini adalah milik Allah serta tiada yang mustahil bagi Allah. Disebabkan itu, bila berdoa, kita haruslah yakin bahawa Allah akan makbulkan doa kita tanpa rasa putus asa sehiggalah doa itu termakbul dan jangan risau, Allah maha mengetahui, Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Aku nak kongsi sikit cerita pasal keyakinan berdoa ni, cerita ni aku baca masa kecil dan sampai sekarang masih aku ingat sebab memang sangat terkesan dalam hati aku ni. Kisah ni pada zaman para sahabat kalau tak silap, kalau salah, betulkan aku tau. Kisah ni pasal Ahmad Bin Harb. Dia ada seorang anak yang masih kecil. Dia dan isterinya sering ajar kepada anaknya ini supaya bila nak minta sesuatu tu, berdoala kepada Allah. Maka, setiap kali anaknya tu nak makan, anak itu akan menadahkan tangan di tingkap dan mendongak ke langit, sambil berdoa "Ya Allah, berikanlah aku makanan". Setiap kali anaknya berdoa, maka ibu dan bapanya mendengar dan menunaikan apa yang dia mahu dan ibubapanya menghidangkan makanan tersebut di meja makan. Apabila selesai berdoa, anaknya pun keluar dari bilik dan alangkah gembiranya makanan telah terhidang di atas meja. Begitulah setiap kali anaknya berdoa, ibu bapanya akan tunaikan, sehinggalah pada suatu hari, Ahmad bin Harb dan isterinya keluar rumah dengan meninggalkan anaknya di rumah seorang diri, seusai balik dari melaksanakan urusan, maka si suami dan isteri ni pulang ke rumah mereka dan mereka berasa terkejut apabila melihat anaknya yang sedang makan makanan yang sudah terhidang di atas meja walhal sebelum keluar rumah tadi, isterinya tidak menyediakan apa-apa untuk anaknya. Maka ketahuilah Ahmad bin Harb itu bahawa anaknya sudah mencapai tahap keyakinan doa yang tinggi kerana anaknya itu yakin bahawa Allah memberikan dia makanan dan maka, makanan itu terhidang dengan izin serta kuasa Allah kepada anaknya itu.

Sekian sahaja, itulah yang aku dapat kongsikan dengan korang, kalau ada salah, betulkan ya, sharing is caring kan, ok lah guys, aku beransur pergi la, nak buka puasa la, hari ni aku saje nak puasa sunat sebab dah lama tak puasa kan. Sehingga bertemu di lain entri. Adioss dan bye2.


Friday, 4 November 2016

Kami Pegi Melancong - Sabah (Part 2)

Assalammualaikum, Hai semua !. Mesti korang tertunggu-tunggu entri baru aku kan?. Hangat - hangat tahi ayam je ak pos entri kat blog ni kan. Kejap ada, kejap tak ada. Almaklumlah, minggu lepas aku cuti mid sem, makanya, blog aku pun cuti la juga macam tuannya. haha

Marila kita sambung cerita percutian aku kat Sabah ya. Sebenarnya kitaorang tak ambil pakej dari semenanjung pun, jadi, sampai saja kat hotel yang kami menginap tu, ayah aku tempah pakej melalui hotel. Kalau buat macam ni kan, aku rasa macam lagi murah kut,

Bermulalah, perjalanan pagi kami ke Kinabalu Park yang diketuai oleh seorang pemandu pelancong perempuan yang bernama Priscilla dan pemandu van (aku tak ingat la namanya pula). Masa nak mulakan perjalanan tu, ada isu dengan pakej yang ayah aku tempah, kitaorang ambil pakej persendirian, tapi boleh pula, orang pakej tu nak masukkan keluarga kitaorang pakej berkumpulan, maksudnya bercampur dengan orang lain. Ayah aku naik angin jugala, dia kata mana boleh macam ni, sebab bayar pakej persendirian, bukan tak nak bercampur dengan orang lain, tapi sebab kami sekseluarga memerlukan privasi bersama. Hampir-hampir saja kami tak dapat nak berjalan haritu, sebab diaorang kata kenderaan untuk bawa keluarga kami tak ada, yang ada bas untuk pakej ,berkumpulan. Ayah aku memang dah bengang masa tu, sebab haritu masa bincang janji lain, tiba-tiba janji lain, memang ayah aku nak minta pulangkan duit balik. Tetapi, alhamdulillah, Allah permudahkan urusan, ada pula sebiji van yang kosong.

Destinasi pertama kami adalah Kinabalu Park, mula-mula aku tak tahu la ni tempat apa, tetapi rupa-rupanya tempat untuk bergambar dan tengok-tengok pemandangan je.

Aku dan adik aku yang bongsu, kat sini je pun yang cantiknya.


Selepas dah tangkap gambar di sana sini sampai bosan, makanya, kami pun bergerak la ke kolam air panas Poring, tapi pergi sini, tak ada la aku berendam dalam air panas tu, aku pergi naik jambatan tamparuli, alah...yang jambatan gantung atas pokok tu, orang yang takut tempat tinggi adalah tak digalakkan untuk melalui jambatan ni, tinggi oooo..Mula - mula aku ingat, percutian aku ni cuma kena jalan-jalan biasa je tau, sekali rupanya kena mendaki la pula untuk nak ke jambatan gantung tu, haihhhh penat aku nak memanjatnya. Layan gambar jom !

Semua dah bersedia nak daki ke?! Ayuh!!

Seronok ya mendaki Ayah, bersenam la katakan.

Rehat dulu, tinggi rupanya kena panjat,,adalah dalam 500m macam tu kut. Tapi ada tempat lagi tinggi kut, tapi tak rajin la pula keluarga aku nak medakinya. Ini pun dah penat tercungap - cungap dah.

Akhirnya, berjaya melalui jambatan ni (tepuk tangan sikit..yay!)

Perjalanan sehari ni tak habis lagi, jadi aku sambung pada pos akan datang je la, aku tiba-tiba ada hal nak kena buat la pula, jumpa nanti ya, aku akan berusaha untuk habiskan percutian ini..hahaha..adios..bye




Wednesday, 12 October 2016

Persediaan Umrah

Assalammualaikum semua, hari ni aku nak cerita pasal umrah, mesti setiap orang muslim ni ada menyimpan impian untuk pergi menunaikan umrah, begitulah aku juga, Insya'Allah. jika ada rezeki, maka sampailah aku ke sana, maka doakan lah aku sekeluarga dapat ke sana bersama-sama ya.

Seperti kita yang ketahui, umrah ini adalah ibadah yang memerlukan jasamani yang sihat, sebab tu la syarat sah umrah kena sihat ataupun kurang sihat tetapi masih mampu untuk melaksanankan umrah tetapi perlu kepada bantuan orang lain. Hari ni aku tak nak cakap pasal rukun-rukun tu semua, tapi aku nak cakap pasal persediaan dahulu. Persediaan yang perlu dibuat adalah persediaan rohani dan fizikal.

Persediaan rohani adalah dari segi ilmu umrah yang cukup dengan menghadiri kursus umrah yang telah dianjurkan supaya kita dapat gambaran serta mempunyai keinginan untuk pergi umrah dan mempunyai kekuatan mental sebab kadang-kadang kita tak pergi kursus umrah, lepastu, dengar pula cerita daripada orang lain yang kadang-kadang buat kita takut nak pergi. Contoh : Orang terhalang dari nampak ka'abah. Itu semua adalah urusan Allah, yang penting, niat kita ikhlas untuk buat ibadah umrah tu kerana Allah bukan sebab lain dan kita ingin membersihkan diri dari dosa yang telah dilakukan serta untuk mendapatkan umrah yang mabrur.

Jom kita tengok antara persediaan yang perlu dibuat:
  • Bertaubat dan sembahyang sunat taubat
  • Sembahyang Istikharah
  • Memberitahu kedua-dua ibu bapa (jika masih ada)
  • Menyelesaikan segala hutang piutang peribadi (bukan hutang berjadual)
  • Memahami umrah dengan cukup lengkap
  • Ada pembimbing atau ketua yang akan memandu
Manakala persediaan dari segi fizikal pula adalah untuk keperluan diri sendiri untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah. 

Antara persediaan yang dicadangkan oleh pihak penganjur umrah:

Lelaki :
  • Dua helai tuala ihram
  • Satu utas tali pinggang
  • Satu pasang selipar atau capal
  • Satu buku panduan/buku doa dan tasbih
  • Satu gunting kecil
Perempuan :
  • Dua telekong sembahyang
  • Dua pasang stoking panjang
  • Dua pasang kasut ringan
  • Satu tuala muka
  • Buku panduan dan doa
  • 2 pasang sarung lengan
Baiklah, ini antara perkongsian yang aku boleh kongsikan dengan korang, harap dapat
memberi manfaat la ya, sehingga berjumpa lagi sayang-sayang ku, Assalammualaikum.

Sunday, 9 October 2016

D.U.I.T

Assalammualaikum semua,

Sebelum memulakan bicara aku ni, aku minta maaf ya kalau aku ada tersalah taip dan salah ejaan, ini semua gara-gara aku terlalu teruja untuk menaip cerita pasal diri aku ini untuk dikongsi dengan korang semua (hahaha). Baru aku perasan masa baca - baca entri lama aku, ayat dah lintang pukang dah, jadi. dengan ini Nur Husnina akan cuba memperbaiki cara tulisan ini. Insya'Allah.

Korang mesti pelikkan dengan aku ini, sebab dalam sehari aku tulis 2 entrikan, macam aku ni rajin dan banyak masa pula kan (hakikatnya memang banyak masa pun, saja nak acah - acah macam aku ni sibuk sangat - sangat kalah Perdana Menteri, hahaha). Sebenarnya, aku nak berkongsi sedikit perkongsian yang akau dapat dan aku pegang sejak dari dulu (tak pastila bila aku kenal istilah ni lagi).

Tajuk tu ada maksudnya tau tapi bukan maksud aku ni mata duitan ke apa, jangan korang fikir aku macam tu pula, aku ni memang lah hidup perlukan duit tapi tak la jadi pisau cukur ke apa (aku wanita solehah kut *masuk bakul angkat sendiri* haha).

DOA

"D" ni sebenarnya untuk doa yang mana setiap perlakuan kita ini pelu ada doa supaya Allah permudakan urusan kita. Kita ni ingat, kita mampu berjaya dengan usaha sendiri tetapi tidak pun, semua tu Allah yang bagi. Doa tu kan senjata orang - orang mukmin, lagipun Allah suka pada orang yang memohon doa daripada Dia, sebab memang Allah tempat bergantung bukan makhluk yang wujud kat bumi ini. Kalau kita memohon doa kat Allah, Dia tak akan kecewakan kita sebab Dia lebih mengetahui tentang apa yang terbaik untuk kita dan kalau kita terlalu mengharap kepada makhluk maka kita akan kecewa,

USAHA

Selepas kita dah berdoa kat Allah, kena la ada usaha nak dapatkannya, kalau tak ada usaha tu, namanya kita malas la tu dan apa yang akan dihajati memang tak akan dapat umpama kau doa "Ya Allah, kenyangkan aku" tapi kau tak pergi makan, agak - agak kau kenyang tak?. Jadi kenalah ada usaha tu, walaupun sikit dan Allah akan balas usaha kau tu dengan cara yang paling terbaik untuk kau, Allah tu maha pemurah. Tapi, satu benda yang harus kau tahu iaitu mesti YAKIN, sebab Allah akan beri apa yang hambanya yakin pada Dia. Jadi, yakin bersungguh yang Allah akan bantu sepertimana yang kau nak dan tiba-tiba perasaan ragu-ragu tu datang, beristighfarlah banyak - banyak kerana itu semua godaan syaitan.

IKHTIAR

Bila kita dah doa dan usaha, kita ikhtiar cara lain untuk kita capai apa yang kita usahakan. Kiranya  macam cara lain yang kau cuba untuk dapat apa yang kau impikan. Contohnya peperiksaan kau dah dekat tapi kau tak sempat nak habiskan semua bab yang kau baca, jadi, kau pergi la cari cara lain yang cepat untuk kau faham seperti belajar berkumpulan kan, sekurang-kurangnya kau dah cuba untuk faham matapelajaran yang kau tak faham tu.

TAWAKAL

Selesai kau buat 3 perkara yang kat atas dan kau dah menghadapi situasi tu, kau bertwakal pada Allah yang Allah akan bantu kau. Tawakal ini macam kau berserah kepada Allah, sebab Allah yang atur hidup kau, kalau Allah kata kun faya kun, maka akan terjadilah walaupun korang rasa kejadian tu macam tak masuk akal kan, tetapi itulah kuasa dan keagungan Allah.

Setakat ini perkongsian aku dengan korang, peganglah 4 prinsip insya'Allah kau akan berjaya di dunia dan akhirat, amalkan prinsip ini dalam hidup korang dan tak kisahlah pasal pendidikan ke, jodoh ke atau apa jua keadaan, pegang pada prinsip ini. Sampai sini sahaj coretan aku ni. korang tunggu entri aku pasal percutian tu tau, aku malas nak taip lagi la pasal percutian tu, rasa macam nak buat novel percutian je sebab aku asyik nak taip banyak - banyak pula (hahaha). ok la, bye dan salam sayang dari aku.


Aku kongsi sikit gambat masa majlis graduasi peringkat diploma aku, bukan nak menunjuk tetapi cuma aku rindukan suasana belajar aku kata sana :).




Saturday, 8 October 2016

Kami Pegi Melancong - Sabah (Part 1)

Assalammualaikum, semua.

Rindu aku tak?. Maaf, la aku sibuk sikit, berjalan sana sini, belajar lagi tapi banyak berjalan je kerja aku. Aku sejenis manusia memang macam ni, mana la boleh dudk diam dalam hostel tercinta akau ni, mati kutu la jadinya, maka berjalan lah aku ke sana sini. Jadi, wujudnya aku di sini adalah untuk cerita pengalaman percutian aku ini (ceh...ayat tak boleh formal lagi ke tu).

Percutian aku ni dah lama, masa ni aku tingkatan 4 kut, aku pun tak berapa ingat la mungkin dalam tempoh 2011 macam tu, ni adalah pelanconganku yang kali kedua naik kapal terbang. Eh! mana yang pertamanya?. Yang pertama ya, hm...aku lupa la letak kat mana gambar - gambar tu la, tapi nanti aku jumpa aku kongsi dengan korang ya. Pertama kali aku melancong dengan naik kapal terbang ni, masa tu pergi ke Indonesia, seronok tau. Baiklah, kita tinggalkan cerita yang Indonesia ni, kita fokus kat entri aku yang Sabah ni dulu. Kisah ini bermula ketika aku mula ketagih untuk naik kapal terbang selepas percutian pertama aku kat Indonesia dan keinginan untuk naik kapal terbang Malaysia Airline System sebab sebelum ni aku naik Air Asia je. Jadi, aku lah jadi setiausaha ayah aku, pilih tiket yang harga berpatutan, berkat usaha dan pemerhatian berhari-hari, berbulan-bulan maka dapatlah aku menempah tiket kapal terbang ke Sabah menaiki MAS untuk 8 ahli keluarga dengan harga yang berpatutan. Jadi, bermulalah perjalanan aku.

Hari Pertama

Aku rasa aku bertolak pagi lagi sebab sampai sana dalam tengah hari.(jangan haraplah aku nak ingat ketepatan masa tu, dah berapa tahun kut aku pergi bercuti ni dah 5 tahun kut, wa tabik la sama orang yang boleh ingat tu). Pagi - pagi aku dan keluarga bertolak ke rumah bapak saudara aku kat Sepang tu dan kami diberikan sarapan dulu dan kemudian, bapak saudara aku pun tolong hantar kami ke KLIA serta membawa pulang kereta ayah aku. Biasanya, kalau penerbangan domestik ni kena ada dua jam macam tu dari masa berlepas dan tak adala kena tunggu lama macam penerbangan antarabangsa tu (dalam Malaysia je, tak perlu rasanya untuk tunggu lama-lama).

Ni masa dalam perjalanan ke lapangan terbang, tapi masa tu dah terlambat tau, memang ayah aku pecut je la. Kecut perut eden..haha..

Ini adik aku, nampak tak muka yang tak berapa matang, sebab masa ni dia kecil lagi, ni dah alam kapal terbang. (gambar aku tak ada, sebab aku malu la nak bergambar ni, aku suka selfie je, tapi masalahnya dulu mana ada bahasa selfie ni lagi,,haha)

Perjalanan memakan masa dalam 2 jam macam tula, pada pendapat aku terhadap perkhidmatan kapal terbang MAS ni baiklah secara keseluruhannya, makan sedap, pramugari dan pramugaranya kacak serta cantik (eh kacak dan cantik tu membuatkan aku rasa tenang je. ok nina, sila berhenti merapu). Tak hairanlah kalau naik MAS ni mahal, perkhidmatannya pun bagus. Aku sampai kat lapangan terbang Sabah dalam tengah hari macam tu. Lepas tu, tunggulah kat situ sampai ada orang hotel ambil. Lupa aku nak cakap, aku dah tempah siap-siap hotel kat Kota Kinabalu sekali masa aku tempah tiket kapal terbang, senang kerja, tak adala aku sampai sana tercari-cari nak tinggal kat hotel mana dengan bawa ahli gerombolan yang ramai kan. Masa tu aku duduk kat hotel Best Western Hotel rasanya kut dan masa ni aku tak guna pakej tau, semua urus sendiri, cuma guna pakej lawatan je.


Sementara menunggu kenderaan hotel ambil, kami pun lepak-lepak la dulu sambil aku pun merajinkan diri untuk tangkap gambar sana dan sini.

Dalam 15 minit lepastu datanglah van hotel yang aku tempah tu, dan kami pun bergerak la ke hotel. Program kami haritu berehat-rehat sambil jalan-jalan kat kawasan bandar Kota Kinabalu je. Tak sempat pula nak tangkap gambar masa aku jalan-jalan kat situ sebab masa tu masing-masing dah penat kan. Jadi, kalau korang nak banyak gambar lagi, tunguu entri aku seterusnya tau. ok, bye wassalam.

Friday, 30 September 2016

Sayang Acik Nina !!

Assalammualaikum semua,

Nampak tak tajuk tu macam pasal nak cerita kisah cinta pula kan. Ya! memang benar tetapi cinta pada yang halal la. Bukan suami, bukan pakwe iaitu cinta hati pertama aku la haha (main-main pula dia ni). Baiklah, macam ni, pada bulan 2 tahun 2014 aku dikejutkan dengan berita yang memang aku tunggu selama ini yang mana kakak ipar aku ditakdirkan telah mengandungkan anaknya yang pertama sekaligus cucu sulung dalam keluarga aku dan keluarga sebelah kakak ipar aku dan almaklumlah dalam keluarga aku ni, hanya abang aku yang sulung yang sudah menamatkan zaman bujang manakala adik-adik yang bawahnya ni kecil lagi (hahaha).

Alkisahnya masa aku tahu berita ni, aku baru je balik rumah untuk bercuti sempena cuti semester aku dan pada masa itu kawan aku pun ikut kerana kami akan sama-sama mengambil peperiksaan MUET. Jadi, masa tu aku masuk je bilik mak aku, mak aku terus bagitahu berita yang kaka ipar aku mengandung 3 minggu. Masa tu hanya Tuhan yang tahu perasaan aku yang betapa gembiranya aku pasal berita tu, aku siap menjerit dalam bilik mak aku sebab terlalu gembira sampai kawan aku pun terkejut aku dengar. Untuk pengetahuan korang, aku suka sangat dekat bayi ni, memang kalau aku nampak kawan-kawan ke, saudara mara aku ke, aku mesti minta nak dukung atau main dengan bayi ni.

Aku rasa bila aku tengok bayi ni kan, aku rasa tenang je dan tengok kaum bayi ni kan boleh hilang tekanan tau, yela..bayi kan tiada dosa lagi kan, lain macam kita ni selalu menjadi pendosa tetapi kenala sentiasa perbaiki diri untuk ke arah lebih baik kan. Lepas dari dengar berita pasal ni, memang aku ikut perkembangan kandungan kakak ipar aku ni (macam aku ni suami dia je kan, tapi tak apa kan, aku ambil berat kan). Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun (eh! berganti tahun ke?...ya, berganti tahun dari 2015 ke 2016) maka terlahir seorang bayi lelaki yang tersangat comel pada 27 oktober 2015 yang memang aku tunggu saat ni. Masa pertama kali aku tatap wajah anak saudara aku ni, aku rasa sayu nak nangis sebab terlalu gembira (masa taip ni pun aku dah menagis sebab rindukan dia) dengan kelahiran ni. Masa dia lahir ni beratnya 3.45kg (besar kan?) secara normal, besar la anak saudara aku ni tetapi tak apa, yang penting sihat kan. Nama yang diberi kepada anak saudara aku ni Muhammad Fateh diambil sempena tokoh islam iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh (moga-moga dapat menjadi seperti Sultan Muhammad Al-Fateh ni, amin).

Sejujurnya, aku memang tak berani dan tak reti nak pegang bayi yang kurang dari 2 bulan sebab masa ni diaorang macam lembut dan lembik kan. Tapi, sebab anak saudara sendiri, aku beranikan diri dan Alhamdulillah, aku dah pandai pegang bayi yang 2 bulan ke bawah sebab dah tahu teknik kan. Aku nak cerita yang Fateh ni (anak saudara aku ni) memang baik budaknya sebab jenis susah nak dengar dia menangis dari dia kecil sampai ke besar sebab kalau kita tengok sesetengah bayi ni kan suka menangis (buka nak membezakan cuma yang biasa aku jumpa, macam tu la, tapi ada je yang baik, bergantuk pada bayi tu) sampai keluarga kitaorang tertunggu-tunggu bila dia nak menangis walaupun dia lapar kan, dian buat bunyi teresak-esak (hek!hek) macam tu je, jarang la nak lama-lama ni. Tapi, bila sekali dia menangis macam kena dera, susah kut nak pujuk tapi masa tu aku syak mungkin dia ternampak sesuatu atau dia penat berjalan sebab haritu aku berjalan dengan mak dan ayah dia dari pagi sampai maghrib baru balik. Abang aku pun pasangkan ayat ruqyah, lepas tu dia pun kembali pulih macam biasa dan tenang.

Sekarang pada tarikh 1 Oktober 2016, dah nak masuk setahun dan anak saudara aku ni, besar dah, berat pun dah 10kg (lenguh tangan dukung dia ni) tapi tak apa yang penting berat sebab menyusu badan kuat dan sihat. Fateh ni dah pandai merangkak dan tak reti duduk diam dan jenis suka mengemas sana sini (ada je benda yang dia nak buat). Benda yang paling dia suka main adalah wayar. Setiap kali dia nampak kat suis ada wayar, laju je dia merangkak dan memang tak boleh leka dengan dia ni sebab bahaya kan. Bila aku halang dia dari nak main wayar tu, dia merengek je dan nak pujuk dia, aku pun dukung (terus dia rasa bahagia). Rindunya aku kat dia dan memang tumpuan serta kasih sayang keluarga aku kat dia seorang je sebab nama pun cucu sulung dan nak tunggu cucu yang lain, makanya lambat lagi.

Banyak betul aku taipkan, sebenarnya banyak benda kau nak cerita pasak anak saudara aku sorang ni tetapi kalau aku sambung taip ni, memang boleh jadi novel sebab terlalu banyak kisah dia yang aku simpan dalam memori aku. Tapi, biarlah aku cerita pengenalan pasal dia sahaja kat sini, tengoklah kalau rajin nak tulis pasal dia lagi kat entri-entri akan datang.



Ini Muhammad Fateh, cinta hati aku, cair kut hati aku tengok Fateh ni. Hilang Stress.

Ok bye. Adios, sekian dari aku.


Tuesday, 27 September 2016

Pengenalan Diriku ! Entri Pengenalan..

Assalammualaikum,

Ini adalah entri pertamaku. Jadi, kita akan mulakan sesi pengenalan dulu untuk semua orang kenalkan, bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta", maka kalau korang nak kenal aku, kena bercinta dengan aku dulu la kan. Betul tak?..hehe... Baiklah, nina, hentikan cerita mengarut kau tu.

Nama aku Nur Husnina Binti Mohd Zainal dan aku dilahirkan pada 29 Julai 1995 di Hospital Kajang yang merupakan anak perempuan sulung dari 6 adik beradik serta aku anak yang ke-4. Aku ni macam orang nomad sikit yang berpindah sana sini, eh! tapi bukan sebab aku memang orang nomad tau. Tapi sebab tuntutan kerja ayah aku yang terpaksa berpindah sana sini. Mula-mula, aku menetap di hulu langat (aku tak ingat berapa tahun aku duduk kat sana, sebab masa tu kecil lagi). Kemudian, aku berpindah ke seksyen 8 Shah Alam selama 3 tahun macam tu dan selepas itu. tadaaaaa! aku menetap pula di seksyen 19 Shah Alam sehinggalah aku sekarang ketika usiaku 21 tahun dan dah 11 tahun aku tinggal kat sini.

Disebabkan aku asyik berpindah sana sini kan, jadi, sekolah aku pun pindahla sana sini juga. Kisahku bersekolah bermula di satu tadika hulu langat ni (tak ingat la nama tadikanya), selepas itu, berpindah ke tadika Al-Hasaniah di Shah Alam, Zaman sekolah rendah pula bermula di Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik, aku tak ingat apa-apa kenangan pun semasa sekolah kat situ, mungkin sebab aku masih kanak-kanak ribena lagi kut dan aku menyambung persekolahan ku di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 19 sehinggalah aku UPSR. Selepas itu, aku pun menyambung pembelajaranku di peringkat nak masuk ke alam remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 Shah Alam dari aku tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5 dan tak pindah-pindah sebab aku sayang sangat kat sekolah tu (padahal spesies yang tak boleh jauh dengan keluarga). 

Lepas je habis SPM, aku mohonlah UPU dengan keputusan SPM ku. Nah! sekali dapat tawaran belajar kat sebuah universiti di Terengganu. Masa tu, memang rasa teruja tetapi sedih la juga sebab tak pernah berjauhan dengan keluarga. Ketika kat sana, memang kerja aku balik je kalau ada cuti yang panjang, sampai satu tahap kalau aku tak balik kan, mesti kena perli dengan kawan - kawan aku. Aku belajar kat Terengganu ni selama 2 tahun di peringkat diploma. Dan sekarang....jeng..jeng...aku sedang berada di Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat Sarjana Muda dan alhamdulillah la Allah bagi dekat dengan rumah aku di Selangor ni, jadi, hari-hari boleh balik (ini melampau dah ni). Aku sekarang belajar di tahun 1 dan ada lagi 2 tahun bakal ku tempuhi. Doakan terbaik untukku! 

Baiklah, ini adalah pengenalan ringkas dari aku sebelum aku post entri-entri yang lain yang mesti korang pelik kalau tiba-tiba post entri tapi tak kenalkan diri dulu kan. 

Nantikan entri baru dari aku ya. Adios. (bajet diri tu terkenal la tu.)

Belanja sikit gambar masa kecil, kalau nak tengok yang sekarang, tunggu entri seterusnya ya. haha.
Cuba teka aku yang mana???