Seperti kita yang ketahui, umrah ini adalah ibadah yang memerlukan jasamani yang sihat, sebab tu la syarat sah umrah kena sihat ataupun kurang sihat tetapi masih mampu untuk melaksanankan umrah tetapi perlu kepada bantuan orang lain. Hari ni aku tak nak cakap pasal rukun-rukun tu semua, tapi aku nak cakap pasal persediaan dahulu. Persediaan yang perlu dibuat adalah persediaan rohani dan fizikal.
Persediaan rohani adalah dari segi ilmu umrah yang cukup dengan menghadiri kursus umrah yang telah dianjurkan supaya kita dapat gambaran serta mempunyai keinginan untuk pergi umrah dan mempunyai kekuatan mental sebab kadang-kadang kita tak pergi kursus umrah, lepastu, dengar pula cerita daripada orang lain yang kadang-kadang buat kita takut nak pergi. Contoh : Orang terhalang dari nampak ka'abah. Itu semua adalah urusan Allah, yang penting, niat kita ikhlas untuk buat ibadah umrah tu kerana Allah bukan sebab lain dan kita ingin membersihkan diri dari dosa yang telah dilakukan serta untuk mendapatkan umrah yang mabrur.
Jom kita tengok antara persediaan yang perlu dibuat:
- Bertaubat dan sembahyang sunat taubat
- Sembahyang Istikharah
- Memberitahu kedua-dua ibu bapa (jika masih ada)
- Menyelesaikan segala hutang piutang peribadi (bukan hutang berjadual)
- Memahami umrah dengan cukup lengkap
- Ada pembimbing atau ketua yang akan memandu
Manakala persediaan dari segi fizikal pula adalah untuk keperluan diri sendiri untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.
Antara persediaan yang dicadangkan oleh pihak penganjur umrah:
Lelaki :
- Dua helai tuala ihram
- Satu utas tali pinggang
- Satu pasang selipar atau capal
- Satu buku panduan/buku doa dan tasbih
- Satu gunting kecil
Perempuan :
- Dua telekong sembahyang
- Dua pasang stoking panjang
- Dua pasang kasut ringan
- Satu tuala muka
- Buku panduan dan doa
- 2 pasang sarung lengan
Baiklah, ini antara perkongsian yang aku boleh kongsikan dengan korang, harap dapat
memberi manfaat la ya, sehingga berjumpa lagi sayang-sayang ku, Assalammualaikum.
