Saturday, 8 October 2016

Kami Pegi Melancong - Sabah (Part 1)

Assalammualaikum, semua.

Rindu aku tak?. Maaf, la aku sibuk sikit, berjalan sana sini, belajar lagi tapi banyak berjalan je kerja aku. Aku sejenis manusia memang macam ni, mana la boleh dudk diam dalam hostel tercinta akau ni, mati kutu la jadinya, maka berjalan lah aku ke sana sini. Jadi, wujudnya aku di sini adalah untuk cerita pengalaman percutian aku ini (ceh...ayat tak boleh formal lagi ke tu).

Percutian aku ni dah lama, masa ni aku tingkatan 4 kut, aku pun tak berapa ingat la mungkin dalam tempoh 2011 macam tu, ni adalah pelanconganku yang kali kedua naik kapal terbang. Eh! mana yang pertamanya?. Yang pertama ya, hm...aku lupa la letak kat mana gambar - gambar tu la, tapi nanti aku jumpa aku kongsi dengan korang ya. Pertama kali aku melancong dengan naik kapal terbang ni, masa tu pergi ke Indonesia, seronok tau. Baiklah, kita tinggalkan cerita yang Indonesia ni, kita fokus kat entri aku yang Sabah ni dulu. Kisah ini bermula ketika aku mula ketagih untuk naik kapal terbang selepas percutian pertama aku kat Indonesia dan keinginan untuk naik kapal terbang Malaysia Airline System sebab sebelum ni aku naik Air Asia je. Jadi, aku lah jadi setiausaha ayah aku, pilih tiket yang harga berpatutan, berkat usaha dan pemerhatian berhari-hari, berbulan-bulan maka dapatlah aku menempah tiket kapal terbang ke Sabah menaiki MAS untuk 8 ahli keluarga dengan harga yang berpatutan. Jadi, bermulalah perjalanan aku.

Hari Pertama

Aku rasa aku bertolak pagi lagi sebab sampai sana dalam tengah hari.(jangan haraplah aku nak ingat ketepatan masa tu, dah berapa tahun kut aku pergi bercuti ni dah 5 tahun kut, wa tabik la sama orang yang boleh ingat tu). Pagi - pagi aku dan keluarga bertolak ke rumah bapak saudara aku kat Sepang tu dan kami diberikan sarapan dulu dan kemudian, bapak saudara aku pun tolong hantar kami ke KLIA serta membawa pulang kereta ayah aku. Biasanya, kalau penerbangan domestik ni kena ada dua jam macam tu dari masa berlepas dan tak adala kena tunggu lama macam penerbangan antarabangsa tu (dalam Malaysia je, tak perlu rasanya untuk tunggu lama-lama).

Ni masa dalam perjalanan ke lapangan terbang, tapi masa tu dah terlambat tau, memang ayah aku pecut je la. Kecut perut eden..haha..

Ini adik aku, nampak tak muka yang tak berapa matang, sebab masa ni dia kecil lagi, ni dah alam kapal terbang. (gambar aku tak ada, sebab aku malu la nak bergambar ni, aku suka selfie je, tapi masalahnya dulu mana ada bahasa selfie ni lagi,,haha)

Perjalanan memakan masa dalam 2 jam macam tula, pada pendapat aku terhadap perkhidmatan kapal terbang MAS ni baiklah secara keseluruhannya, makan sedap, pramugari dan pramugaranya kacak serta cantik (eh kacak dan cantik tu membuatkan aku rasa tenang je. ok nina, sila berhenti merapu). Tak hairanlah kalau naik MAS ni mahal, perkhidmatannya pun bagus. Aku sampai kat lapangan terbang Sabah dalam tengah hari macam tu. Lepas tu, tunggulah kat situ sampai ada orang hotel ambil. Lupa aku nak cakap, aku dah tempah siap-siap hotel kat Kota Kinabalu sekali masa aku tempah tiket kapal terbang, senang kerja, tak adala aku sampai sana tercari-cari nak tinggal kat hotel mana dengan bawa ahli gerombolan yang ramai kan. Masa tu aku duduk kat hotel Best Western Hotel rasanya kut dan masa ni aku tak guna pakej tau, semua urus sendiri, cuma guna pakej lawatan je.


Sementara menunggu kenderaan hotel ambil, kami pun lepak-lepak la dulu sambil aku pun merajinkan diri untuk tangkap gambar sana dan sini.

Dalam 15 minit lepastu datanglah van hotel yang aku tempah tu, dan kami pun bergerak la ke hotel. Program kami haritu berehat-rehat sambil jalan-jalan kat kawasan bandar Kota Kinabalu je. Tak sempat pula nak tangkap gambar masa aku jalan-jalan kat situ sebab masa tu masing-masing dah penat kan. Jadi, kalau korang nak banyak gambar lagi, tunguu entri aku seterusnya tau. ok, bye wassalam.

No comments:

Post a Comment