Sebelum memulakan bicara aku ni, aku minta maaf ya kalau aku ada tersalah taip dan salah ejaan, ini semua gara-gara aku terlalu teruja untuk menaip cerita pasal diri aku ini untuk dikongsi dengan korang semua (hahaha). Baru aku perasan masa baca - baca entri lama aku, ayat dah lintang pukang dah, jadi. dengan ini Nur Husnina akan cuba memperbaiki cara tulisan ini. Insya'Allah.
Korang mesti pelikkan dengan aku ini, sebab dalam sehari aku tulis 2 entrikan, macam aku ni rajin dan banyak masa pula kan (hakikatnya memang banyak masa pun, saja nak acah - acah macam aku ni sibuk sangat - sangat kalah Perdana Menteri, hahaha). Sebenarnya, aku nak berkongsi sedikit perkongsian yang akau dapat dan aku pegang sejak dari dulu (tak pastila bila aku kenal istilah ni lagi).
Tajuk tu ada maksudnya tau tapi bukan maksud aku ni mata duitan ke apa, jangan korang fikir aku macam tu pula, aku ni memang lah hidup perlukan duit tapi tak la jadi pisau cukur ke apa (aku wanita solehah kut *masuk bakul angkat sendiri* haha).
DOA
"D" ni sebenarnya untuk doa yang mana setiap perlakuan kita ini pelu ada doa supaya Allah permudakan urusan kita. Kita ni ingat, kita mampu berjaya dengan usaha sendiri tetapi tidak pun, semua tu Allah yang bagi. Doa tu kan senjata orang - orang mukmin, lagipun Allah suka pada orang yang memohon doa daripada Dia, sebab memang Allah tempat bergantung bukan makhluk yang wujud kat bumi ini. Kalau kita memohon doa kat Allah, Dia tak akan kecewakan kita sebab Dia lebih mengetahui tentang apa yang terbaik untuk kita dan kalau kita terlalu mengharap kepada makhluk maka kita akan kecewa,
USAHA
Selepas kita dah berdoa kat Allah, kena la ada usaha nak dapatkannya, kalau tak ada usaha tu, namanya kita malas la tu dan apa yang akan dihajati memang tak akan dapat umpama kau doa "Ya Allah, kenyangkan aku" tapi kau tak pergi makan, agak - agak kau kenyang tak?. Jadi kenalah ada usaha tu, walaupun sikit dan Allah akan balas usaha kau tu dengan cara yang paling terbaik untuk kau, Allah tu maha pemurah. Tapi, satu benda yang harus kau tahu iaitu mesti YAKIN, sebab Allah akan beri apa yang hambanya yakin pada Dia. Jadi, yakin bersungguh yang Allah akan bantu sepertimana yang kau nak dan tiba-tiba perasaan ragu-ragu tu datang, beristighfarlah banyak - banyak kerana itu semua godaan syaitan.
IKHTIAR
Bila kita dah doa dan usaha, kita ikhtiar cara lain untuk kita capai apa yang kita usahakan. Kiranya macam cara lain yang kau cuba untuk dapat apa yang kau impikan. Contohnya peperiksaan kau dah dekat tapi kau tak sempat nak habiskan semua bab yang kau baca, jadi, kau pergi la cari cara lain yang cepat untuk kau faham seperti belajar berkumpulan kan, sekurang-kurangnya kau dah cuba untuk faham matapelajaran yang kau tak faham tu.
TAWAKAL
Selesai kau buat 3 perkara yang kat atas dan kau dah menghadapi situasi tu, kau bertwakal pada Allah yang Allah akan bantu kau. Tawakal ini macam kau berserah kepada Allah, sebab Allah yang atur hidup kau, kalau Allah kata kun faya kun, maka akan terjadilah walaupun korang rasa kejadian tu macam tak masuk akal kan, tetapi itulah kuasa dan keagungan Allah.
Setakat ini perkongsian aku dengan korang, peganglah 4 prinsip insya'Allah kau akan berjaya di dunia dan akhirat, amalkan prinsip ini dalam hidup korang dan tak kisahlah pasal pendidikan ke, jodoh ke atau apa jua keadaan, pegang pada prinsip ini. Sampai sini sahaj coretan aku ni. korang tunggu entri aku pasal percutian tu tau, aku malas nak taip lagi la pasal percutian tu, rasa macam nak buat novel percutian je sebab aku asyik nak taip banyak - banyak pula (hahaha). ok la, bye dan salam sayang dari aku.
Aku kongsi sikit gambat masa majlis graduasi peringkat diploma aku, bukan nak menunjuk tetapi cuma aku rindukan suasana belajar aku kata sana :).

No comments:
Post a Comment