Monday, 28 November 2016

Kami Pergi Melancong - Singapura (Part 1)

Assalammualaikum, sayang-sayang semua.

Hari ni aku nak cerita pasal percutian aku satu keluarga ke Singapura pula. Aku persi Singapura ni pada tahun yang sama aku pergi ke Sabah dalam beberapa bulan selepas aku balik dari Sabah tu. Sebenarnya, percutian ke Singapura ni dianjurkan oleh pejabat ayah aku, jadi, ayah aku pun bawa la kami sekeluarga ke sana. Aku dan keluarga tak tidur pun dekat Singapura sebab kitaorang bertolak malam dan esok pagi sampai ke Singapura dan malam tu pula terus balik. Lagipun, kawasan Singapura tu kecil je, sehari dah boleh habis pusing satu Singapura.

Kami bertolak dari Sungai Besar, Selangor (masa ni bapa aku kerja kat sana) malam jumaat dalam pukul 9 malam macam tu dengan menaiki bas bersama dengan keluarga kawan pejabat ayah aku juga.

Muka seronok je nak pergi Singapura...yihuuu!..

Aku tak ingat perjalanan berapa jam, mungkin dalam 5-7 jam macam tu kut sebab aku mentido je sepanjang perjalanan tu dan bas pun selalu berhenti, almaklumlah, bawa budak-budak sekali kan.
Kami sampai kawasan rehat terakhir sebelum nak masuk Singapura tu dalam jam 6 pagi macam tu, jadi, kami pun menyegarkan diri, solat Subuh semua dan sarapan dulu kat situ.

Nampak tak betapa paginya kami sampai tu...dah terbukti di situ.

Lepas dah selesai semua hajat kat kawasan rehat tu, kami bergerak la ke tempat imigresen. Apa yang aku perasankan, orang Singapura ni kan, semuanya jalan laju-laju, mungkin sebab diaorang nak kejar bas kut takut kena tinggal sebab bila diaorang dari semenanjung nak masuk Singapura guna bas awam kan, diorang masih kena lalu imigresen, sebab tu kut diaorang nak cepat. Masa kat imigresen tu semuanya baik sahaja walaupun ada masalah sikit sebab ada anak seorang kawan ayah aku tu, dia bawa kotak rokok lebih dari satu macam tu la. Jadi, imigresen tak benarkan, tak silap aku, kalau nak masuk Singapura, hanya dibenarkan bawa sekotak sahaja, kalau tak silap aku la. Tapi, lepas dah bincang dengan orang imigresen tu, semuanya okay sahaja, cuma rokok tu je la kena ambil. Kami pun teruskan perjalanan masuk ke Singapura.

Pemandangan yang sempat aku ambil dari dalam bas selepas sahaja keluar dari imigresen.

Destinasi pertama yang aku pergi adalah.....bersambung ya, aku ada hal ni..haha...bye2



Monday, 21 November 2016

Kami Pegi Melancong - Sabah (Part Akhir)

Assalammualaikum ! ada masa pula aku nak buat entri ni kan..haha..Sebenarnya tak la rajin pun, cuma tadi aku semangat nak buat kerja, sekali folder kerja tu tak boleh buka, acaner tu, nampak gayanya kena minta kat kawan aku esok je la. Jadi, bila ada masa terluang ni, tak boleh la dibuang macam tu je kan, jadi akan ku isi dengan tulis blog ni kan.

Okay lepas je aku selesai mendaki dan berjalan di atas jambatan tu (Kami Pegi Melancong - Sabah (Part 2)), kitaorang pun dibawa untuk makan tengah hari di kundasang. Pada pendapat aku, kat kundasang ni tak ada apa-apa sangat la, sama je macam Cameron Highlands, tempatnya sejuk dan tapi, yang istimewanya, Kundasang ni kan kaki gunung Kinabalu, jadi, tak dapat panjat gunung dia, dapat jejak kat kakinya pun okay la.

Muka gembira je semua, yela pasal semua dah kekenyangan kan, masa ni dah kat Kundasang ni, tapi singgah makan kat satu restoran tu, tapi tak ingat pula apa namanya.


Masa ni dah kat kaki gunung Kinabalu, jadi, bergambar la kenangan satu keluarga kan. yay! kami dah tawan kaki gunung Kinabalu walaupun kaki je, janji dah kan.

Apa aktiviti yang aku dan keluarga buat kat sini?...hm.. apa ya, tak ada apa-apa pun, cuma masuk muzium yang ada kat kawasan, jangan tanya muzium apa, aku pun tak ingat lah, dah lama kut aku pergi Sabah ni, gambar pun ada merata-rata tempat, jadi, apa yang aku ingat tu, aku kongsila. Lepastu, aktiviti yang lain aku buat kat situ adalah bergambar, itu aje, lepas dah bergambar semua tu, kitaorang pun balik, sebab hari tu pun dah nak malam kan, bahaya pula kalau malam-malam ni lalu jalan yang berliku macam jalan kat Cameron Highland tu.

Sampai je hotel, kami sekeluarga pun bersiap untuk makan malam bersama kawan ayah aku yang tinggal kat sana, sebenarnya, dari keluarga aku sampai ke lapangan terbang Sabah, hotel hingga ke pakej jalan-jalan tu, semuanya kawan ayah aku tu yang tolong bantu uruskan, nama dia uncle John. Jadi, sebab esoknya kami sekeluarga nak balik dah, jadi, dia pun ajak kitaorang makan malam dengan keluarga dia kat satu restoran cina muslim yang terletak sebelah sungai ke laut, aku pun tak pasti. Tapi, ini pertama kali la aku cuba makan makanan cina muslim yang berasaskan makanan laut. Sedap tau, ahkak bagi 5 bintang tau...haha

ha..tu uncle John dan keluarga, untuk pengetahuan korang, uncle John ni berketurunan India dan isterinya Cina. Pertama kali juga aku tengok perkahwinan campur ni, agak teruja la.

Dengan berakhirnya makan malam tu, maka berakhirlah percutian aku selama 3 hari 2 malam ni, sebab esoknya balik dah, jadi, bersiap kemas untuk balik pula. Sebenarnya, hari pertama tu, aku pergi banyak tempat, tapi tempat membeli-belah la, cuma aku tak ingat mana tempat yang aku pergi tu sebab hotel kitaorang tu tengah-tengah bandar, jadi, banyak la pusat membeli-belah, pasar-pasar, kedai-kedai cenderamata dan sebagainya. Maaflah, sebab masa aku bercuti ni, aku tak cakna sangat dengan tempat-tempat ni, manalah aku tahu tiba-tiba aku nak buat blog ni, kalau aku tahu, aku buat buku nota untuk catat nama-nama tempat dan perjalanan aku ni, lepastu kongsi dengan korang semua...haha...Baiklah, panjang pula celoteh aku ni kan. Tengoklah kalau aku rajin, aku kongsilah percutian aku ke tempat lain pula kan. Sekian, terima kasih membaca sayang-sayang sekalian...muaah sikit...



Keyakinan Dalam Berdoa

Assalammualaikum semua !

Apa khabar? aku harap korang semua sihat walafiat dan sentiasa berada dalam keadaan baik serta diredhai oleh Allah. Korang rindu aku tak?!, kalau rindu kata rindu, jangan nak ego sangat tu, malu nak cakap la pula, kalau malu nanti sesat jalan..haha...maaf la korang, aku dah lama tak pos apa-apa cerita, almaklumlah nak hujung sem ni, banyak pula exam kan.

Baiklah, yang percutian ke Sabah tu, aku sambung nantila, tak ada mood nak tulis pasal cuti ni, lagipun dah nak part akhir dah cuti tu. Hari ni aku nak cerita pasal keyakinan berdoa, korang kalau doa kan, macam mana?, korang yakin tak yang Allah akan makbulkan doa korang. Haaaa, tepuk dada tanya iman, tak yah bagitahu aku, masing-masing sedar tu sudahla, itupun dah cukup bagus, maksudnya Allah dah beri hidayah kepada hamba-Nya la.

Bila kita nak berdoa atau meminta sesuatu daripada Allah tu, kenalah minta dengan sesungguh-sungguhnya sehinggalah Allah makbulkan doa tu dan lepas tu, masa berdoa, yakin dengan sepenuh hati tu, Allah akan dengar permintaan korang dan makbulkan doa korang. Aku pernah dengar ustaz aku cakap, Allah akan beri apa yang hamba-Nya yakin terhadap-Nya sebab kalau Allah dah kata jadilah maka terjadilah (Kun Faya Kun). Jadi, sebagai manusia yang pergantungan hidup pun kepada Allah, kenalah yakin, sebab Dialah Allah yang menciptakan kita, yang memberi nyawa, menurunkan rezeki dan pokoknya, seluruh alam dan kehidupan ini adalah milik Allah serta tiada yang mustahil bagi Allah. Disebabkan itu, bila berdoa, kita haruslah yakin bahawa Allah akan makbulkan doa kita tanpa rasa putus asa sehiggalah doa itu termakbul dan jangan risau, Allah maha mengetahui, Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Aku nak kongsi sikit cerita pasal keyakinan berdoa ni, cerita ni aku baca masa kecil dan sampai sekarang masih aku ingat sebab memang sangat terkesan dalam hati aku ni. Kisah ni pada zaman para sahabat kalau tak silap, kalau salah, betulkan aku tau. Kisah ni pasal Ahmad Bin Harb. Dia ada seorang anak yang masih kecil. Dia dan isterinya sering ajar kepada anaknya ini supaya bila nak minta sesuatu tu, berdoala kepada Allah. Maka, setiap kali anaknya tu nak makan, anak itu akan menadahkan tangan di tingkap dan mendongak ke langit, sambil berdoa "Ya Allah, berikanlah aku makanan". Setiap kali anaknya berdoa, maka ibu dan bapanya mendengar dan menunaikan apa yang dia mahu dan ibubapanya menghidangkan makanan tersebut di meja makan. Apabila selesai berdoa, anaknya pun keluar dari bilik dan alangkah gembiranya makanan telah terhidang di atas meja. Begitulah setiap kali anaknya berdoa, ibu bapanya akan tunaikan, sehinggalah pada suatu hari, Ahmad bin Harb dan isterinya keluar rumah dengan meninggalkan anaknya di rumah seorang diri, seusai balik dari melaksanakan urusan, maka si suami dan isteri ni pulang ke rumah mereka dan mereka berasa terkejut apabila melihat anaknya yang sedang makan makanan yang sudah terhidang di atas meja walhal sebelum keluar rumah tadi, isterinya tidak menyediakan apa-apa untuk anaknya. Maka ketahuilah Ahmad bin Harb itu bahawa anaknya sudah mencapai tahap keyakinan doa yang tinggi kerana anaknya itu yakin bahawa Allah memberikan dia makanan dan maka, makanan itu terhidang dengan izin serta kuasa Allah kepada anaknya itu.

Sekian sahaja, itulah yang aku dapat kongsikan dengan korang, kalau ada salah, betulkan ya, sharing is caring kan, ok lah guys, aku beransur pergi la, nak buka puasa la, hari ni aku saje nak puasa sunat sebab dah lama tak puasa kan. Sehingga bertemu di lain entri. Adioss dan bye2.


Friday, 4 November 2016

Kami Pegi Melancong - Sabah (Part 2)

Assalammualaikum, Hai semua !. Mesti korang tertunggu-tunggu entri baru aku kan?. Hangat - hangat tahi ayam je ak pos entri kat blog ni kan. Kejap ada, kejap tak ada. Almaklumlah, minggu lepas aku cuti mid sem, makanya, blog aku pun cuti la juga macam tuannya. haha

Marila kita sambung cerita percutian aku kat Sabah ya. Sebenarnya kitaorang tak ambil pakej dari semenanjung pun, jadi, sampai saja kat hotel yang kami menginap tu, ayah aku tempah pakej melalui hotel. Kalau buat macam ni kan, aku rasa macam lagi murah kut,

Bermulalah, perjalanan pagi kami ke Kinabalu Park yang diketuai oleh seorang pemandu pelancong perempuan yang bernama Priscilla dan pemandu van (aku tak ingat la namanya pula). Masa nak mulakan perjalanan tu, ada isu dengan pakej yang ayah aku tempah, kitaorang ambil pakej persendirian, tapi boleh pula, orang pakej tu nak masukkan keluarga kitaorang pakej berkumpulan, maksudnya bercampur dengan orang lain. Ayah aku naik angin jugala, dia kata mana boleh macam ni, sebab bayar pakej persendirian, bukan tak nak bercampur dengan orang lain, tapi sebab kami sekseluarga memerlukan privasi bersama. Hampir-hampir saja kami tak dapat nak berjalan haritu, sebab diaorang kata kenderaan untuk bawa keluarga kami tak ada, yang ada bas untuk pakej ,berkumpulan. Ayah aku memang dah bengang masa tu, sebab haritu masa bincang janji lain, tiba-tiba janji lain, memang ayah aku nak minta pulangkan duit balik. Tetapi, alhamdulillah, Allah permudahkan urusan, ada pula sebiji van yang kosong.

Destinasi pertama kami adalah Kinabalu Park, mula-mula aku tak tahu la ni tempat apa, tetapi rupa-rupanya tempat untuk bergambar dan tengok-tengok pemandangan je.

Aku dan adik aku yang bongsu, kat sini je pun yang cantiknya.


Selepas dah tangkap gambar di sana sini sampai bosan, makanya, kami pun bergerak la ke kolam air panas Poring, tapi pergi sini, tak ada la aku berendam dalam air panas tu, aku pergi naik jambatan tamparuli, alah...yang jambatan gantung atas pokok tu, orang yang takut tempat tinggi adalah tak digalakkan untuk melalui jambatan ni, tinggi oooo..Mula - mula aku ingat, percutian aku ni cuma kena jalan-jalan biasa je tau, sekali rupanya kena mendaki la pula untuk nak ke jambatan gantung tu, haihhhh penat aku nak memanjatnya. Layan gambar jom !

Semua dah bersedia nak daki ke?! Ayuh!!

Seronok ya mendaki Ayah, bersenam la katakan.

Rehat dulu, tinggi rupanya kena panjat,,adalah dalam 500m macam tu kut. Tapi ada tempat lagi tinggi kut, tapi tak rajin la pula keluarga aku nak medakinya. Ini pun dah penat tercungap - cungap dah.

Akhirnya, berjaya melalui jambatan ni (tepuk tangan sikit..yay!)

Perjalanan sehari ni tak habis lagi, jadi aku sambung pada pos akan datang je la, aku tiba-tiba ada hal nak kena buat la pula, jumpa nanti ya, aku akan berusaha untuk habiskan percutian ini..hahaha..adios..bye