Monday, 21 November 2016

Keyakinan Dalam Berdoa

Assalammualaikum semua !

Apa khabar? aku harap korang semua sihat walafiat dan sentiasa berada dalam keadaan baik serta diredhai oleh Allah. Korang rindu aku tak?!, kalau rindu kata rindu, jangan nak ego sangat tu, malu nak cakap la pula, kalau malu nanti sesat jalan..haha...maaf la korang, aku dah lama tak pos apa-apa cerita, almaklumlah nak hujung sem ni, banyak pula exam kan.

Baiklah, yang percutian ke Sabah tu, aku sambung nantila, tak ada mood nak tulis pasal cuti ni, lagipun dah nak part akhir dah cuti tu. Hari ni aku nak cerita pasal keyakinan berdoa, korang kalau doa kan, macam mana?, korang yakin tak yang Allah akan makbulkan doa korang. Haaaa, tepuk dada tanya iman, tak yah bagitahu aku, masing-masing sedar tu sudahla, itupun dah cukup bagus, maksudnya Allah dah beri hidayah kepada hamba-Nya la.

Bila kita nak berdoa atau meminta sesuatu daripada Allah tu, kenalah minta dengan sesungguh-sungguhnya sehinggalah Allah makbulkan doa tu dan lepas tu, masa berdoa, yakin dengan sepenuh hati tu, Allah akan dengar permintaan korang dan makbulkan doa korang. Aku pernah dengar ustaz aku cakap, Allah akan beri apa yang hamba-Nya yakin terhadap-Nya sebab kalau Allah dah kata jadilah maka terjadilah (Kun Faya Kun). Jadi, sebagai manusia yang pergantungan hidup pun kepada Allah, kenalah yakin, sebab Dialah Allah yang menciptakan kita, yang memberi nyawa, menurunkan rezeki dan pokoknya, seluruh alam dan kehidupan ini adalah milik Allah serta tiada yang mustahil bagi Allah. Disebabkan itu, bila berdoa, kita haruslah yakin bahawa Allah akan makbulkan doa kita tanpa rasa putus asa sehiggalah doa itu termakbul dan jangan risau, Allah maha mengetahui, Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Aku nak kongsi sikit cerita pasal keyakinan berdoa ni, cerita ni aku baca masa kecil dan sampai sekarang masih aku ingat sebab memang sangat terkesan dalam hati aku ni. Kisah ni pada zaman para sahabat kalau tak silap, kalau salah, betulkan aku tau. Kisah ni pasal Ahmad Bin Harb. Dia ada seorang anak yang masih kecil. Dia dan isterinya sering ajar kepada anaknya ini supaya bila nak minta sesuatu tu, berdoala kepada Allah. Maka, setiap kali anaknya tu nak makan, anak itu akan menadahkan tangan di tingkap dan mendongak ke langit, sambil berdoa "Ya Allah, berikanlah aku makanan". Setiap kali anaknya berdoa, maka ibu dan bapanya mendengar dan menunaikan apa yang dia mahu dan ibubapanya menghidangkan makanan tersebut di meja makan. Apabila selesai berdoa, anaknya pun keluar dari bilik dan alangkah gembiranya makanan telah terhidang di atas meja. Begitulah setiap kali anaknya berdoa, ibu bapanya akan tunaikan, sehinggalah pada suatu hari, Ahmad bin Harb dan isterinya keluar rumah dengan meninggalkan anaknya di rumah seorang diri, seusai balik dari melaksanakan urusan, maka si suami dan isteri ni pulang ke rumah mereka dan mereka berasa terkejut apabila melihat anaknya yang sedang makan makanan yang sudah terhidang di atas meja walhal sebelum keluar rumah tadi, isterinya tidak menyediakan apa-apa untuk anaknya. Maka ketahuilah Ahmad bin Harb itu bahawa anaknya sudah mencapai tahap keyakinan doa yang tinggi kerana anaknya itu yakin bahawa Allah memberikan dia makanan dan maka, makanan itu terhidang dengan izin serta kuasa Allah kepada anaknya itu.

Sekian sahaja, itulah yang aku dapat kongsikan dengan korang, kalau ada salah, betulkan ya, sharing is caring kan, ok lah guys, aku beransur pergi la, nak buka puasa la, hari ni aku saje nak puasa sunat sebab dah lama tak puasa kan. Sehingga bertemu di lain entri. Adioss dan bye2.


No comments:

Post a Comment