Ini adalah entri pertamaku. Jadi, kita akan mulakan sesi pengenalan dulu untuk semua orang kenalkan, bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta", maka kalau korang nak kenal aku, kena bercinta dengan aku dulu la kan. Betul tak?..hehe... Baiklah, nina, hentikan cerita mengarut kau tu.
Nama aku Nur Husnina Binti Mohd Zainal dan aku dilahirkan pada 29 Julai 1995 di Hospital Kajang yang merupakan anak perempuan sulung dari 6 adik beradik serta aku anak yang ke-4. Aku ni macam orang nomad sikit yang berpindah sana sini, eh! tapi bukan sebab aku memang orang nomad tau. Tapi sebab tuntutan kerja ayah aku yang terpaksa berpindah sana sini. Mula-mula, aku menetap di hulu langat (aku tak ingat berapa tahun aku duduk kat sana, sebab masa tu kecil lagi). Kemudian, aku berpindah ke seksyen 8 Shah Alam selama 3 tahun macam tu dan selepas itu. tadaaaaa! aku menetap pula di seksyen 19 Shah Alam sehinggalah aku sekarang ketika usiaku 21 tahun dan dah 11 tahun aku tinggal kat sini.
Disebabkan aku asyik berpindah sana sini kan, jadi, sekolah aku pun pindahla sana sini juga. Kisahku bersekolah bermula di satu tadika hulu langat ni (tak ingat la nama tadikanya), selepas itu, berpindah ke tadika Al-Hasaniah di Shah Alam, Zaman sekolah rendah pula bermula di Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik, aku tak ingat apa-apa kenangan pun semasa sekolah kat situ, mungkin sebab aku masih kanak-kanak ribena lagi kut dan aku menyambung persekolahan ku di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 19 sehinggalah aku UPSR. Selepas itu, aku pun menyambung pembelajaranku di peringkat nak masuk ke alam remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 Shah Alam dari aku tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5 dan tak pindah-pindah sebab aku sayang sangat kat sekolah tu (padahal spesies yang tak boleh jauh dengan keluarga).
Lepas je habis SPM, aku mohonlah UPU dengan keputusan SPM ku. Nah! sekali dapat tawaran belajar kat sebuah universiti di Terengganu. Masa tu, memang rasa teruja tetapi sedih la juga sebab tak pernah berjauhan dengan keluarga. Ketika kat sana, memang kerja aku balik je kalau ada cuti yang panjang, sampai satu tahap kalau aku tak balik kan, mesti kena perli dengan kawan - kawan aku. Aku belajar kat Terengganu ni selama 2 tahun di peringkat diploma. Dan sekarang....jeng..jeng...aku sedang berada di Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat Sarjana Muda dan alhamdulillah la Allah bagi dekat dengan rumah aku di Selangor ni, jadi, hari-hari boleh balik (ini melampau dah ni). Aku sekarang belajar di tahun 1 dan ada lagi 2 tahun bakal ku tempuhi. Doakan terbaik untukku!
Baiklah, ini adalah pengenalan ringkas dari aku sebelum aku post entri-entri yang lain yang mesti korang pelik kalau tiba-tiba post entri tapi tak kenalkan diri dulu kan.
Nantikan entri baru dari aku ya. Adios. (bajet diri tu terkenal la tu.)
Belanja sikit gambar masa kecil, kalau nak tengok yang sekarang, tunggu entri seterusnya ya. haha.
Cuba teka aku yang mana???

No comments:
Post a Comment